
ROTI SANGAT PENTING UNTUK MEREKA !
seperti PENTINGnya NASI untuk kita
YAMAN, ANDA NILAILAH SENDIRI MENGAPA KAMI BERSUNGGUH-SUNGGUH MEMBANTU MEREKA
Kanak-kanak ini berumur 7 tahun dan beratnya hanya 7KG
![]()
⛔️ Dua juta kanak-kanak alami malnutrisi kronik menyebabkan kurus hingga nampak tulang.
⛔️ 90% kanak-kanak datang ke hospital kerana masalah kronik nutrisi.
⛔️ Penyumbang terbesar Yaman iaitu UN (United Nation) terpaksa hentikan bantuan kerana kekurangan dana antarabangsa akibat Covid-19.
Keluarga di pedalaman Yaman terpaksa makan daun untuk terus hidup.
Terpaksa mandikan anak kecil yang kurang nutrisi dengan air yang tidak bersih.
24 juta rakyat Yaman lalui kebuluran paling teruk dalam sejarah 100 tahun (United Nation, Jun 2020)
⛔️ Kemudahan kesihatan ‘runtuh’ hingga hospital terpaksa menolak pesakit, petugas kesihatan tidak dibayar gaji dan peralatan perubatan kehabisan stok.
⛔️ Yaman alami kebuluran kronik, kolera terburuk dan jangkitan Covid-19 dan hanya ada ujian test Covid-19 paling rendah di dunia, 31 unit per juta orang.
HAYATI PESANAN RASULULLAH SAW ....
Rasulullah Saw ditanya oleh sahabat beliau:
“Ya Rasulullah, siapakah manusia yang paling dicintai Allah dan apakah perbuatan yang paling dicintai Allah?
Rasulullah Saw menjawab:
“Manusia yang paling dicintai oleh Allah adalah manusia yang paling banyak bermanfaat dan berguna bagi manusia yang lain. Sedangkan perbuatan yang paling dicintai Allah adalah memberikan kegembiraan kepada orang lain atau menghapus kesusahan orang lain, atau melunasi utang orang yang tidak mampu untuk membayarnya, atau memberi makan kepada mereka yang sedang kelaparan dan jika seseorang itu berjalan untuk menolong orang yang sedang kesusahan itu lebih aku sukai daripada beri’tikaf di masjidku ini selama satu bulan.”
(HR. Thabrani).
AGIHAN ROTI DI YAMAN
Lihatlah wajah kegembiran anak-anak di Yaman menerima roti kita semua, percaya atau tidak inilah mereka, tidak seperti kita, tetapi tetap bersyukur dengan pemberian kecil ini. Alhamdulillah...
AGIHAN ROTI DI SYRIA
AGIHAN ROTI BUAT PELARIAN SYRIA DI KEM LUBNAN
Anak-anak di Syria berebut-rebut mengambil roti untuk di bawa pulang ke khemah keluarga mereka, Allahuakhbar...
Di Malaysia jarang kita tengok anak-anak kita berebut beras kan...yang hanya direbut ialah mainan, gula-gula dan telefon..Allahuakhbar.. Sangat jauh berbeza kehidupan mereka dengan kita...Semoga Allah SWT memudahkan segala urusan hidup mereka..aminnn
SYRIA, SEBUAH NEGARA ISLAM MUSNAH AKIBAT PERANG DARI SYIAH YANG MEMBANTAI MEREKA HABIS-HABISAN⛔️ Syria telah mengalami perang saudara sejak awal 2011, ketika rejim bertindak balas terhadap protes prodemokrasi dengan keganasan yang tidak dijangka. Kira-kira setengah juta orang terbunuh, dan lebih daripada 12 juta terpaksa meninggalkan rumah mereka dalam satu dekad terakhir.
⛔️ Terdapat 13.5 juta orang Syria yang kehilangan tempat tinggal, mewakili lebih daripada separuh jumlah penduduk Syria.
⛔️ 6.7 juta pelarian Syria ditempatkan di 128 negara.
⛔️ 80% daripada semua pelarian Syria berada di negara jiran, dengan Turki menjadi tuan rumah lebih dari separuh (3.6 juta).
⛔️ 5.5 juta rakyat Syria menjadi pelarian di negaranya sendiri dan 70% daripadanya hidup dalam kemiskinan melampau selepas 10 tahun konflik yang berlarutan.