MUSIM SEJUK MEMBUNUH!BANTU SELAMATKAN MEREKA DENGAN SEDEKAH ANDA!
Tanpa kita sedari apa sahaja yang kita buat di atas muka bumi ini mampu menjadi satu ibadah. Begitu juga dalam menggembirakan dan menyenangkan orang lain. Membantu manusia lain juga adalah satu ibadah dan merupakan sunnah Rasulullah SAW. Namun, bagaimanakah yang dikatakan membantu orang lain itu adalah satu ibadah ?
Ini berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud,
"Wahai Rasulullah SAW, siapakah orang yang paling disukai Allah? Dan amalan apa yang paling disukai Allah?"
Nabi menjawab, " Orang yang paling disukai Allah ialah kegembiraan yang engkau hadirkan buat seorang muslim, atau engkau angkat kesusahan yang menimpanya, atau engkau langsaikan hutangnya, atau engkau hilangkan kelaparannya. Dengan aku berjalan bersama saudaraku untuk suatu urusannya lebih aku suka daripada dapat beriktikaf di masjid ini selama sebulan." (Hadis riwayat at-Thabrani)
MUSIM SEJUK YANG BAKAL TIBA DI SYAM DAN YAMAN

ANDAI INI ANAK-ANAK KITA...

Keadaan kanak-kanak Syria ini benar - benar membuatkan kita bersyukur dengan nikmat yang telah Allah berikan walaupun sedikit. Tidak semua akan melalui zaman kanak-kanak yang bahagia dan mengembirakan sepertimana yang kita lalui. Paling utama, kita tidak lahir dan hidup dalam kancah peperangan. Sesiapa yang melapangkan kesusahan muslim yang lain, Allah akan melapangkan kesukarannya pada hari jumaat. Bantulah mereka !
ALHAMDULILLAH ! ALHAMDULILLAH ! ALHAMDULILLAH !
KEMPEN BANTUAN MUSIM SEJUK
MASIH DITERUSKAN
Kempen "Bantuan Musim Sejuk" telah dibuka semula. Kempen setiap tahun ini bertujuan untuk menyalurkan bantuan kepada mereka bagi menghadapi musim sejuk yang melampau. Antara bantuan yang disalurkan adalah
Pek Makanan
Pemanas dan Kerosin
Kelengkapan Harian
Pendidikan
Ubat dan Kecemasan
Aman Palestin menyeru kepada semua muslim untuk merebut kebaikan dengan menyertai kempen Bantuan Musim Sejuk ini. Semoga dengan sumbangan ini dapat meringankan penderitaan mereka.
=============================================================================================
Misi #winteraidmission Aman Palestin buat Pelarian Syria
MISI BANTUAN MUSIM SEJUK - JANUARI 2020

MISI BANTUAN MUSIM SEJUK - JANUARI 2019


================================================================================
Ayuh bersama kita kongsikan kegembiraan kita disini dengan saudara kita di bumi Syam. Semoga dengan sumbangan daripada anda semua dapat meringankan beban mereka di sana.
Ayuh usah berlengah lagi !!!
Jom kita sertai
Kempen Bantuan Musim sejuk kali ini
Agar hidup lebih berkat
Moga asbab doa-doa mereka penduduk di bumi barakah ini akan membawa kepada keberkatan hidup dan kemurahan rezeki kita dunia akhirat.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW telah bersabda:
"Apabila matinya seorang manusia, maka terputuslah pahala amalannya kecuali tiga perkara, iaitu: sedekah jariah, atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya, atau anak yang soleh yang sentiasa mendoakannya."
ANDA JUGA BOLEH !
JOM SERTAI KEMPEN BANTUAN MUSIM SEJUK
HARI INI
UNTUK SEBARANG PERTANYAAN BERKENAAN BANTUAN MUSIM SEJUK INI, SILA HUBUNGI :
09-8505490 (Pejabat) / 013 - 9287018
NUR HAZLINDA BT MD RAZALI
Pegawai Unit Media & Online
Cawangan Kemaman & Dungun

============================================================================================
*****Makluman*****
Bagi tuan/puan yang tiada alamat email, sila guna email ini diruangan email :
kemaman.amanpalestin@gmail.com