Akaun apkemaman.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

SERUAN IBADAH KORBAN DI BUMI PENUH KEBERKATAN PALESTIN, SYRIA & YAMAN 2023

Kelebihan korban yang kebanyakan kita tak tahu.

Kita tak rasa apa bila dengar Nabi SAW buat korban 100 ekor untuk korban. Kadang kita tak nampak kelebihan korban tu jadi kita tak rasa nak buat korban.


Sabda Nabi Muhammad SAW (maksudnya): 

Muliakanlah korban kamu kerana ia menjadi tunggangan kamu di titian pada Hari Qiamat”.

Kata Rasullullah SAW. Apabila semua makhluk bangun dipadang masyar kelak. Semuanya akan bergerak menuju masyar. Ada 3 cara menuju ke masyar:


1. Kumpulan pertama. Kumpulan yang naik binatang tunggangan. 


2. Kumpulan kedua kumpulan yang akan berjalan kaki. Berdarah-darah tapak kaki berjalan tanpa henti.


3. Kumpulan ketiga yang paling celaka. Iaitu mereka yang berjalan kaki diatas.Muka dibawah dihentak-hentakkan hingga ke masyar.


Kata ulamak. Maka beruntunglah mereka yang disediakan oleh Allah binatang tunggangan. 


Dan binatang tunggangan itu adalah hasil korban yang mereka lakukan korban dengan ikhlas  masa hidup dimuka bumi Allah dulu.


Tak mampu jika kita seorang manusia biasa hendak korbankan anak sendiri . Kerana kelemahan iman dan jiwa kita yang sangat sayangkan anak-anak.


Allah SWT buat kita berfikir. Bagaimana perasaannya korbankan sesuatu yang paling bernilai dalam hidup kita iaitu seorang anak.Maka Allah gantikan korban seorang anak kepada haiwan ternakan. Masya'Allah. 



Bayi Yaman alami malnutrisi kronik

[Fakta : 1 kanak-kanak mati setiap 10 minit di Yaman]


Ganjaran kebaikan yang tak terkira banyaknya.


Seperti apa yang Nabi sebut. Apabila sahabat bertanya kepada Nabi.“Ya Rasulullah, apakah ertinya sembelihan korban ini?

Lalu Nabi jawab. “Ia sunnah bapa kamu Ibrahim.” Mereka bertanya: Apa yang akan kami dapat daripadanya?”

Nabi berkata: "Bagi setiap helai rambut satu kebajikan.” Mereka bertanya lagi : “Bagaimana pula dengan bulunya wahai Rasulullah?” 

Kata Nabi lagi “Bagi setiap helai rambut dan bulu halusnya satu kebajikan.” 



Sekeluarga di pedalaman Yaman terpaksa makan daun untuk terus hidup

Betapa besar nikmat korban yang Allah berikan kepada kita.

Jadi korban yang terbaik adalah kepada mereka yang SANGAT MEMERLUKAN. 

Saat ini saudara seislam kita yang berada di YAMAN, PALESTIN & SYRIA mengharapkan bantuan kita!


1. Krisis makanan dan kemanusiaan di Palestin dan Syria bertambah teruk selepas berlakunya pandemik COVID 19.

2. Banyak negara besar memotong bajet bantuan ke Palestin dan Syria.

3. Pertambahan mendadak pelarian dan populasi menyebabkan kesesakan di kem-kem pelarian Palestin dan Syria.

4. Perang dan serangan telah musnahkan banyak rumah dan sebabkan mereka tinggal di kawasan runtuhan bangunan dan kem perlarian.

5. Kesesakan kem pelarian yang kotor, tiada bekalan air bersih dan sanitasi yang baik tingkatkan risiko penyakit dan jangkitan Covid 19.

6. 85 % keluarga (Palestin) dan 13.1 juta rakyat Syria bergantung sepenuhnya dengan bantuan kemanusiaan.

7. Harga makanan jadi semakin mahal. Di Palestin sekatan Israel menyebabkan harga makanan mendadak naik. Bahkan haiwan korban yang di bawa masuk ke Palestin dikenakan cukai yang tinggi oleh Israel. Seekor lembu berharga RM 13,300. Bayangkan betapa mahalnya harga daging disana.

8. Kesan perang dan kejatuhan nilai mata wang Syria ditambah pula pandemik Covid-19 menyebabkan harga makanan jadi lebih tinggi. Lebih-lebih lagi haiwan ternakan. 

9. Keadaan rakyat Syria semakin teruk selepas gempa bumi yang melanda baru-baru ini. Hilang orang tersayang, hilang tempat tinggal, sumber pendapatan dan juga sumber pertanian!



Keluarga di Gaza yang hanya tinggal di dalam khemah dan serba daif.


Rekod WFP, seramai 7.9 juta rakyat Syria tidak mendapat bekalan makanan yang selamat di makan. Meningkat sebanyak 22% berbanding tahun sebelumnya.

Di Palestin pula seramai 1.6 juta penduduk Palestin gagal mendapatkan makan yang bernutrisi dan sihat. 


Sedekah korban di Palestin menurut ulamak.





Buat Korban di Palestin dan Syria adalah ibadah dan juga bantuan kepada Penjaga Baitul Maqdis dan juga penjaga bumi Syam. Tugas kita bagi pastikan mereka terus hidup untuk berjuang disana dengan bantuan kita.


17 TAHUN AMAN PALESTIN DIPERCAYAI DALAM MENGURUSKAN 

IBADAH KORBAN DI PALESTIN & SYRIA.


LAPORAN PENUH KORBAN DI BUMI ANBIA 2022







Apa beza korban bersama AMAN PALESTIN?

Ibadah Korban AMAN PALESTIN adalah kebajikan dan kemanusiaan.

Selain untuk ganjaran pahala ibadah korban. Kita dapat beri bantuan kebajikan dan kemanusiaan kepada Palestin dan Syria yang berada dalam keadaan miskin di zon perang berbanding tempat lain di dunia.


Korban AMAN PALESTIN sampai terus ke Palestin, Syria & Yaman.


AMAN PALESTIN dipercayai dan berdaftar di Suruhanjaya Syarikat Malaysia sebagai Non Profit Organisation (NPO) dibawah Syarikat Berhad Menurut Jaminan (719871-K).

Diselia oleh :

  • Bahagian Hal Ehwal Undang-undang Jabatan Perdana Menteri
  • Suruhanjaya Syarikat Malaysia
  • Financial Action Task Force (FATF)




Setiap penyertaan korban AMAN PALESTIN akan mendapat sijil yang dihantar terus kepada anda.


Korban AMAN PALESTIN akan di laporkan secara personal kepada anda melalui aplikasi Whatsapp!


Ibadah Korban di Palestin 2022





Ibadah Korban di Syria 2022



Ibadah Korban di Yaman 2022




Ibadah Korban Sejuk Beku 2022



"Sesungguhnya setiap bulu itu tercatat satu kebaikan."

Hadis riwayat Ahmad dan ibnu Majah


Maksudnya Allah SWT mencatat setiap kebaikan. Tak terhitung. Itulah pahala orang berkorban di Hari Aidil Adha.


Bahkan pada hari itu tidak ada amal yang paling dicintai Allah melebihi menyembelih haiwan korban. 


Ayuh lakukan amal paling dicintai Allah ini dengan KORBAN TERBAIK dan dari BAKA TERBAIK untuk penjaga Baitul Maqdis dan Syam.



PAKEJ KORBAN DI BUMI BARAKAH 2022

   


   

  

 


Sedekah Korban dan Tabung Korban juga ada bagi anda yang berniat nak sedekah daging untuk Palestin & Syria sempena Aidil Adha ini.


Semoga dengan Korban ini Allah akan

meluaskan rezeki anda,
membersihkan harta, menjauhkan dari wabak penyakit,
bala bencana dan musibah,
jadikan keluarga dan anak-anak yang soleh dan solehah
serta memudahkan segala urusan hidup

asbab daripada doa-doa makbul penduduk bumi Syam yang diberkati.


Hanya dengan sumbangan korban anda dapat bantu mereka merasa makan daging. 

Terus segera sertai korban di Palestin, Syria atau Yaman HARI INI!


================================

Jom bersama kita kongsikan kegembiraan disini dengan saudara kita di Palestin, Syria & Yaman. Semoga dengan sumbangan daripada anda semua dapat meringankan beban mereka di sana.

MAKLUMAN PENTING: Pembayaran sumbangan hanya boleh dilakukan melalui sistem Perbankan Dalam Talian (Billplz), sila tekan bank pilihan anda dalam ruangan Kaedah Sumbangan sebelum meneruskan pembayaran.



Whatsapp resit sumbangan anda ke nombor berikut untuk mendapatkan perkembangan terkini projek bantuan Aman Palestin:

013 9811406
NUR ATILIA BINTI MANSOR
Pegawai Pemasaran Aman Palestin

013 9287018
NUR IZZATI MAISARA BINTI MOHD RAMZI
Pegawai Pemasaran Aman Palestin


*****Makluman*****
Bagi tuan/puan yang tiada alamat email, sila guna email ini diruangan email :
kemaman.amanpalestin@gmail.com

Bagi tuan/puan yang mempunyai permasalahan, sila hubungi nombor yang berikut:
013 981 1406 (Cik Atilia - Teknikal CS)



Hubungi Kami