Akaun apkemaman.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

INFAQ RAMADAN UNTUK PALESTIN, SYRIA DAN YAMAN

INFAQ RAMADAN UNTUK PALESTIN, SYRIA DAN YAMAN


Ramadan Yang Dinanti

Rasulullah SAW bersabda: 

"Apabila Ramadan tiba, pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup dan syaitan pun dibelenggu."

(HR Muslim)

================================
Kedatangan Ramadan sangat dinanti-nantikan oleh umat Islam kerana ganjaran pahala berlipat ganda dan keampunan Allah SWT yang terbuka luas. Justeru, sebagai umat islam sangatlah rugi jika kita semua tidak merebut peluang ini untuk menggandakan amalan dan kebaikan sepanjang bulan yang penuh barakah ini. 

Sabda Rasulullah SAW: Apabila tiba malam pertama Ramadan, seruan (dari langit) menyeru: ‘Wahai orang yang ingin berbuat kebajikan, teruskanlah (mara berbuat kebajikan). Wahai orang yang ingin berbuat kejahatan hentikanlah, bagi Allah SWT melepaskan ramai orang dari neraka.’ Seruan itu dibuat setiap malam.”

(HR At-Tirmidzi)


Sepanjang bulan Ramadan ini, rebutlah amalan-amalan yang boleh dilakukan demi mendapat keampunan dan rahmat Allah SWT. Antara amalan-amalan yang boleh dilakukan sepanjang bulan Ramadan ialah;

 BERSAHUR 

Bersahur bukan saja membantu kita mengisi tenaga untuk persediaan berpuasa, tetapi ia juga adalah suatu amalan yang amat dituntut dalam Islam. Selain bangun sahur untuk makan, elok juga mengawalkannya sedikit supaya dapat melakukan solat sunat tahajud dan membaca Al-Quran.

Sabda Rasulullah SAW:

“Bersahurlah kalian, karena pada sahur itu ada keberkatan.” (HR Bukhari)

 MEMPERBANYAKKAN DOA 

MasyaAllah, betapa istimewanya doa umat islam ketika bulan Ramadan. Doanya tidak akan ditolak sama sekali! Menurut sumber oleh Mufti Wilayah Persekutuan, doa orang yang berpuasa adalah mustajab di sisi Allah kerana orang yang berpuasa mempunyai kedudukan yang tinggi dan istimewa apabila mereka berpuasa kerana Allah.

Daripada Abdullah bin Amr' RA berkata, Nabi SAW bersabda;

"Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu ketika dia berbuka doa yang tidak akan ditolak”.

(HR Ibn Majah)


 SEDEKAH RAMADAN/ MEMBERI MAKAN ORANG BERPUASA 

Salah satu pintu yang dibuka oleh Allah untuk meraih keuntungan besar dari bulan Ramadhan adalah melalui sedekah. Islam sering menganjurkan umatnya untuk banyak bersedekah terutamanya ketika ketibaan bulan Ramadan. Infaq berbuka puasa adalah salah satu sedekah yangh ringan namun besar pahalanya.


 “Barang siapa yang memberikan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa,

maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut,

tanpa mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu”

 (HR Nasa’i dan Tirmidzi)

================================

Ayuh lakukan Infaq Ramadan anda bersama AMAN PALESTIN. Semoga Sedekah Ramadan tuan/puan ini mampu membantu mereka di Palestin, Syria dan Yaman untuk menyambut Ramadan dengan gembira. Ayuh raikan Ramadan bersama mereka.

ANTARA PAKEJ-PAKEJ RAMADAN BERSAMAMU PALESTIN, SYRIA DAN YAMAN:





JEMPUT TONTON VIDEO AGIHAN RAMADAN 2022


RAMADAN BERSAMA DI PALESTIN, SYRIA & YAMAN


BANTUAN RAMADAN BERSAMA DI PALESTIN, SYRIA & YAMAN







BANTUAN RAMADAN BERSAMA DI YAMAN



Dengan kedatangannya bulan Ramadan ini, Aman Palestin sekali lagi melancarkan kempen tahunan "RAMADAN BERSAMAMU" untuk membuka peluang kepada para penyumbang memberikan sumbangan kepada rakyat Palestin, Syria dan Yaman. Kempen tahunan ini bertujuan untuk memberi sumbangan kepada mereka yang kurang berkemampuan supaya mereka berpeluang untuk merasai suasana dalam menyambut bulan Ramadan dan Aidilfitri.


 AGIHAN BAKUL RAMADAN 2022 DI YAMAN






 HADIAH RAYA 2022 DI YAMAN




 HADIAH RAYA ANAK YATIM 2022 DI GAZA, PALESTIN





AGIHAN  BAKUL RAMADAN 2022 DI GAZA, PALESTIN




AGIHAN MAKANAN PANAS RAMADAN 2022 DI LUBNAN (KEM PELARIAN SYRIA)





AGIHAN BAKUL RAMADAN 2022 DI LUBNAN (KEM PELARIAN SYRIA)










Jom bersama kita kongsikan kegembiraan disini dengan saudara kita di Palestin, Syria dan Yaman. Semoga dengan sumbangan daripada anda semua dapat meringankan beban mereka di sana.





Whatsapp resit sumbangan anda ke nombor berikut untuk mendapatkan perkembangan terkini projek bantuan Aman Palestin:
013 9811406
NUR ATILIA BINTI MANSOR
Pegawai Pemasaran Aman Palestin

013 9287018
NUR IZZATI MAISARA BINTI MOHD RAMZI
Pegawai Pemasaran Aman Palestin

Sebarkan maklumat ini kepada kenalan anda agar lebih ramai menyumbang dengan kongsikan pautan: 


*****Makluman*****
Bagi tuan/puan yang tiada alamat email, sila guna email ini diruangan email :
kemaman.amanpalestin@gmail.com




Hubungi Kami