BANTUAN KECEMASAN GEMPA BUMI SYRIA & TURKI DIPERLUKAN SEGERA!
BANTUAN KECEMASAN GEMPA BUMI TURKI SYRIA DIPERLUKAN SEGERA!
Latar Belakang Bencana
- Berlaku gempa bumi di Turki dan Syria sehingga 7.8 skala richter pada jam 11am (waktu Malaysia).
- Puluhan bangunan telah runtuh dan musnah.
- Pusat gempa bumi adalah di Gaziantep, tetapi semua bandar di sekitarnya terjejas teruk.
- Infrastruktur bangunan di Syria sangat kritikal.
- Jumlah kematian meningkat hingga ke ratusan nyawa.
Sejurus mendapat berita daripada wakil dan rakan strategik di sana, Aman Palestin telah menyalurkan bantuan kecemasan awal sebanyak USD 30,000.
- Justeru, Bantuan Gempa Bumi Turki - Syria (Tabung Syria) dilancarkan bagi mengumpul dana tambahan dan meringankan musibah yang melanda.
- Misi Bantuan Kemanusiaan ke Turki akan menyusul in sya Allah.
- Antara keperluan penting setakat ini ialah Makanan Siap Masak, Khemah, Pemanas dan Kerosin serta Pek Makanan Asas.
*Keperluan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.





BANTUAN AWAL BERJUMLAH 300,000 USD TELAH DISALURKAN!
Alhamdulillah, dua buah hospital di Atmeh, Syria menerima bantuan yang disampaikan oleh Aman Palestin.
Hospital Ortopedik Aqrabat menerima bantuan:
✅ 1,080 Plaster of Paris (POP)
✅ 815 paket air garam
✅ 100 helai selimut
Hospital Atmeh Al-Khairiah menerima bantuan:
✅ 685 paket air garam
✅ 100 helai selimut





“Apabila matinya seseorang anak Adam itu maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah , ilmu yang dimanfaatkannya dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kepada kedua ibubapanya".
Ayuh sama-sama kita hulurkan sumbangan kecemasan buat saudara di Turki dan Syria yang kini ditimpa musibah!
