SERTAI SEDEKAH HARI ARAFAH! HARI TERBAIK BERDOA DAN BERAMAL SOLEH


APA ITU SEDEKAH DAGING?
- Bagi yang ada kekangan kewangan untuk melaksanakan ibadah korban tetapi masih ingin turut serta menjayakan projek korban ini, maka bolehlah menyumbang RM10 atau lebih.
- Sedekah Korban ialah sedekah daging yang kita buat pada hari raya korban. Walaupun ia bukan seperti ibadah korban 1 bahagian lembu atau 1 ekor kambing, namun pahala sedekah akan tetap diperolehi.
- Kita namakan Sedekah Daging sebagai produk Aman Palestin kerana sedekah tersebut kita laksanakan pada hari raya korban sekali sembelihan haiwan korban yang lain.
***********************
Betapa besar nikmat korban & sedekah yang Allah berikan kepada kita.
Jadi korban yang terbaik adalah kepada mereka yang SANGAT MEMERLUKAN.
Saat ini saudara seislam kita yang berada di PALESTIN, SYRIA & YAMAN mengharapkan bantuan kita.

2 orang wanita sedang mandikan anak kecil yang kurang nutrisi dengan air yang tak bersih yang diambil daripada perigi.
24 juta rakyat YAMAN lalui "KEBULURAN PALING TERUK DALAM SEJARAH 100 TAHUN DUNIA"
SUMBER : UNITED NATION (UN ,JUN 2020)

- 2 Juta kanak-kanak bawah umur 5 tahun hadapi malnutrisi akut.
- Kemudahan kesihatan 'runtuh' hingga hospital terpaksa menolak pesakit. Petugas kesihatan tidak dibayar gaji . Peralatan perubatan kehabisan stok.
- 90% kanak-kanak datang ke hospital kerana masalah kronik nutrisi.
- Penyumbang terbesar Yaman iaitu UN (United Nation) terpaksa tutup bantuan kerana kekurangan dana antarabangsa akibat Covid 19
- Yaman alami kebuluran kronik, kolera terburuk dan jangkitan Covid 19.
- Kolera semakin buruk kerana mereka terpaksa minum sumber air daripada perigi kotor. Tak ada sumber air bersih.
- Yaman hanya ada ujian test covid 19 paling rendah didunia. 31 unit untuk per juta orang.
- 150 hospital dihentikan khidmat untuk wanita bersalin oleh PBB.
- Keadaan jangkitan covid 19 tak terkawal diseluruh Yaman. Bandar Aden saja telah mempunyai 950 kematian disebabkan covid 19 pada Mei 2020. Jumlah ini akan makin bertambah.

1. Krisis makanan dan kemanusiaan di Palestin dan Syria bertambah teruk selepas berlakunya pandemik COVID 19.
2. Banyak negara besar memotong bajet bantuan ke Palestin dan Syria.
3. Pertambahan mendadak pelarian dan populasi menyebabkan kesesakan di kem-kem pelarian Palestin dan Syria.
4. Perang dan serangan telah musnahkan banyak rumah dan sebabkan mereka tinggal di kawasan runtuhan bangunan dan kem perlarian.
5. Kesesakan kem pelarian yang kotor, tiada bekalan air bersih dan sanitasi yang baik tingkatkan risiko penyakit dan jangkitan Covid 19.
6. 85 % keluarga (Palestin) dan 13.1 juta rakyat Syria bergantung sepenuhnya dengan bantuan kemanusiaan.
7. Harga makanan jadi semakin mahal. Di Palestin sekatan Israel menyebabkan harga makanan mendadak naik. Bahkan haiwan korban yang di bawa masuk ke Palestin dikenakan cukai yang tinggi oleh Israel. Seekor lembu berharga RM 13,300. Bayangkan betapa mahalnya harga daging disana.
8. Kesan perang dan kejatuhan nilai mata wang Syria ditambah pula pandemik Covid-19 menyebabkan harga makanan jadi lebih tinggi. Lebih-lebih lagi haiwan ternakan.
9. Keadaan rakyat Syria semakin teruk selepas gempa bumi yang melanda baru-baru ini. Hilang orang tersayang, hilang tempat tinggal, sumber pendapatan dan juga sumber pertanian!


Keluarga di Gaza yang hanya tinggal di dalam khemah dan serba daif.
Rekod WFP, seramai 7.9 juta rakyat Syria tidak mendapat bekalan makanan yang selamat di makan. Meningkat sebanyak 22% berbanding tahun sebelumnya.
Di Palestin pula seramai 1.6 juta penduduk Palestin gagal mendapatkan makan yang bernutrisi dan sihat.
Sedekah korban di Palestin menurut ulamak.

Buat Korban di Palestin dan Syria adalah ibadah dan juga bantuan kepada Penjaga Baitul Maqdis dan juga penjaga bumi Syam. Tugas kita bagi pastikan mereka terus hidup untuk berjuang disana dengan bantuan kita.
17 TAHUN AMAN PALESTIN DIPERCAYAI DALAM MENGURUSKAN
IBADAH KORBAN DI PALESTIN & SYRIA.
LAPORAN PENUH KORBAN DI BUMI ANBIA 2022


















Daripada Aisyah r.a., bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:
مَا عَمِلَ آدَمِيٌّ مِنْ عَمَلٍ يَوْمَ النَّحْرِ أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ مِنْ إِهْرَاقِ الدَّمِ، إِنَّهُ لَيَأْتِي يَوْمَ القِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَشْعَارِهَا وَأَظْلَافِهَا، وَأَنَّ الدَّمَ لَيَقَعُ مِنَ اللَّهِ بِمَكَانٍ قَبْلَ أَنْ يَقَعَ مِنَ الأَرْضِ، فَطِيبُوا بِهَا نَفْسًا
Maksudnya: “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak adam pada hari al-Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (haiwan korban).
Sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada redha Allah SWT sebelum ia jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban).”
[HR al-Tirmizi, hadis hasan]
*********************************
Semoga dengan Korban ini Allah akan
asbab daripada doa-doa makbul penduduk bumi Syam yang diberkati.
Hanya dengan sumbangan korban anda dapat bantu mereka merasa makan daging.
Terus segera sertai korban/sedekah daging di Palestin, Syria atau Yaman HARI INI!
