WAKAF KHAS BINA HOSPITAL RAWATAN MENTAL PERTAMA DI GAZA, PALESTIN SEMPENA HARI ASYURA!
RM30 JUTA BUAT HOSPITAL PAKAR MENTAL GAZA, PALESTIN
Alhamdulillah jumlah yang terkumpul setakat ini adalah:
TERKUMPUL : RM 27,293,400 (sehingga 4 Julai 2023) ✅
BERBAKI : RM 2,706,600 (sehingga 4 Julai 2023)
-----------------------------------------
AYUH REBUT PELUANG BERWAKAF DI BUMI BARAKAH DISAMPING PEROLEH PAHALA WAKAF SEPANJANG TAHUN!
Memberi Sedekah pada Asyura Setara dengan Nilai Sedekah Sepanjang Tahun
Para sahabat dan pengikut Nabi Muhammad (SAW) tidak hanya berpuasa pada hari Asyura, tetapi mereka juga memberikan sedekah atas nama Allah (SWT). Abdullah bin Amr bin-al (RA) meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad (SAW), tentang bersedekah dan berpuasa pada hari Asyura, berkata, “Sesiapa yang berpuasa 'Asyura seolah-olah dia telah berpuasa sepanjang tahun. Dan sesiapa yang bersedekah pada hari ini adalah seperti sedekah setahun penuh”.
(Lata'if al-Ma'arif karya Ibnu Rajab)
Allah Memberi Balasan Kepada Keluarga Anda Dengan Keberkatan dan Kedermawanan pada Asyura
Sambil menyatakan pahala berinfaq dengan hati yang terbuka pada Asyura, Nabi Muhammad (SAW) bersabda, “Sesiapa yang memberi nafkah kepada keluarganya pada hari ‘Asyura, Allah akan memurahkan rezekinya sepanjang tahun.”
(Tabarani)
Mengenai hal ini, Imam Ahmad ibn Hanbal (RA) meriwayatkan bahawa Sufyan Ibn Uyayna (RA) bermurah hati membelanjakan untuk keluarganya pada 10th Muharram berkata bahawa "Saya telah mengamalkan ini (berbelanja untuk keluarga) selama lima puluh atau enam puluh tahun dan tidak mendapati apa-apa selain kebaikan di dalamnya."
(Lata'if al-Ma'arif)
Disarankan Berpuasa Walaupun Selepas Hari Asyura
Ketika berhijrah ke Madinah, Nabi Muhammad (SAW) melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura untuk memperingati hari Allah (SWT) menyelamatkan Nabi Musa (RA) dan pengikutnya. Oleh itu, untuk membezakan puasa umat Islam daripada mereka, Nabi Muhammad (SAW) menasihati umatnya untuk berpuasa satu hari lagi bersama Asyura. Ini bermakna umat Islam wajib berpuasa dua hari berturut-turut, iaitu sama ada pada 9 dan 10 atau 10 dan 11 Muharram, dan bukannya Asyura sahaja.
Nabi Muhammad SAW bersabda, “Puasalah hari ‘Asyura dan bedalah dengan orang Yahudi dengan berpuasa sehari sebelumnya atau sehari sesudahnya.”
(Ahmad)
Di tempat lain, Nabi Muhammad (SAW) juga berkata, “Jika saya masih (hidup) hingga tahun berikutnya, pasti saya akan berpuasa pada hari kesembilan [bersamaan dengan tanggal 10 Muharram”.
(Muslim)
MENGAPA BINA HOSPITAL MENTAL DAN REHABILITASI DI ZON PERANG?
Jom tonton sedikit sedutan video ini untuk mengetahui lebih lanjut !
✅Rakyat Palestin di Gaza terdedah kepada pelbagai risiko daripada penindasan, pembunuhan, kehilangan orang tersayang, kecatatan anggota dan perampasan hak sebagai seorang manusia merdeka yang berlaku terhadap mereka dan hal ini membawa mereka kepada kehilangan perspektif, kemarahan, kekecewaan, penghinaan, dan perasaan tersisih yang menyebabkan peningkatkan masalah tekanan mental seperti kebimbangan dan kemurungan (skizofrenia dan bipolar). Terbaru serangan 3 hari pada Ogos 2022 terhadap rakyat Gaza yang mengorbankan 44 mangsa termasuk wanita dan kanak-kanak, manakala ratusan lain cedera dan hilang tempat tinggal.

✅Pada tahun 2010, satu kajian yang dijalankan selepas peristiwa Perang Furqan (Operation Cast Lead), mendapati bahawa hanya 1.3% kanak-kanak tidak menunjukkan tanda-tanda “Post Traumatic Stress Disorder” (PTSD). Berdasarkan data dan hasil kajian klinikal oleh Kementerian Kesihatan Palestin-Wilayah Gaza telah menunjukkan bahawa pesakit yang didiagnosis dengan PTSD selalunya memenuhi kriteria tepat terhadap penyakit kemurungan atau gangguan kecemasan biasa tetapi tidak memenuhi kriteria PTSD secara keseluruhannya. Pemerhatian ini juga telah diakui oleh seorang Pakar Psikiatri Gaza; Dr. Eyad El Sarraj yang juga mendakwa 40% penduduk Palestin mengalami kemurungan.
✅Jika kadar gangguan mental yang paling tinggi di Palestin adalah sama dengan kadar dunia, hal ini bermakna terdapat kira-kira 40,000 orang Palestin mengalami schizophrenia dan lebih kurang 400,000 orang yang akan mengalami satu atau lebih kemurungan dalam hidup mereka. WHO menganggarkan bahawa hanya 4,500 pesakit yang mencapai perkhidmatan rawatan setiap tahun. Walau bagaimanapun, Kementerian Kesihatan Palestin percaya bahawa bilangannya lebih daripada itu.
✅Atas dasar keprihatinan, kemanusiaan dan rasa tanggungjawab sesama Islam, Aman Palestin telah mengambil inisiatif untuk membina Sebuah Hospital Pakar Rawatan Mental di dalam Gaza, Palestin bagi memberi rawatan terbaik buat mereka yang terjejas. Hospital ini merupakan hospital pakar pertama seumpamanya yang akan menyediakan perkhidmatan kesihatan mental secara intensif kepada para pesakit yang memerlukan. Ayuh kita lihat kronologi dan kemaskini pembinaan hospital ini.
1. FASA PERTAMA
- PELAN PEMBINAAN HOSPITAL, UJIAN KUALITI TANAH & PERSETUJUAN PIHAK AMAN PALESTIN, KEMENTERIAN KESIHATAN GAZA & JABATAN KERJA RAYA PALESTIN
Hospital yang berkeluasan 13,000 meter persegi ini dijangka mampu untuk menampung 160 katil pesakit dalam satu-satu masa untuk rawatan pesakit luar dan rawatan buat pesakit mental.















- PERLETAKKAN BATU ASAS DAN PEMBINAAN TAPAK HOSPITAL




3. FASA KETIGA
- PEMBINAAN BERTERUSAN
- Bangunan A menempatkan tempat kecemasan dan bilik pesakit.
- Bangunan B adalah lobi utama dan pejabat pentadbiran.
- Bangunan C adalah Jabatan Psikiatri dan Rehabilitasi serta pesakit luar.






Hospital Pakar Kesihatan Mental yang sedang dibina akan menjadi hospital pakar psikiatri dan rehabilitasi pertama di Semenanjung Gaza yang memberi ruang kepada penduduk Gaza untuk mendapatkan rawatan terbaik.
Ayuh sama-sama kita berwakaf untuk membantu saudara kita di Palestin dengan sumbangan seikhlas hati!
“Apabila matinya seseorang anak Adam itu maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah , ilmu yang dimanfaatkannya dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kepada kedua ibubapanya".
