Akaun apkemaman.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

AYUH SELAMATKAN NYAWA RAKYAT PALESTIN DENGAN BERKWAKAF BINA PUSAT RAWATAN TRAUMA AL RAZI!

AYUH SELAMATKAN NYAWA RAKYAT PALESTIN DENGAN BERKWAKAF BINA PUSAT RAWATAN TRAUMA AL RAZI!

RM8.2 JUTA BUAT PUSAT TRAUMA HOSPITAL AL RAZI, JENIN, PALESTIN
Alhamdulillah jumlah yang terkumpul setakat ini adalah: 

TERKUMPUL : RM 2,300,000 (sehingga Julai 2023) 

 BERBAKI : RM 5,900,000 (sehingga Julai 2023)

-----------------------------------------

JENIN: SIMBOL PENENTANGAN, PERTAHANAN DAN KEBANGKITAN PALESTIN!

“Terdapat dua tempat di Palestin yang tidak dapat dikuasai sepenuhnya oleh Israel – Jenin dan Gaza,”

Diana Buttu, Penganalisis Politik Palestin (Al-Jazeera, 2022)


Kem Jenin yang terletak di dalam wilayah Jenin merupakan kem paling utara di Tebing Barat mempunyai jumlah populasi sebanyak 14,000 penduduk. Kem Jenin adalah antara kem di Tebing Barat yang sering menjadi tumpuan serangan dan kepungan oleh tentera Israel disebabkan penentangan yang berterusan oleh penduduk Jenin terhadap kekejaman tentera Israel. Pada tahun 2002 semasa Intifada Kedua, tentera Israel telah menyerang Kem Jenin selama sepuluh hari dengan pertempuran sengit yang menyebabkan kematian 52 penduduk Jenin termasuk wanita dan kanak-kanak, memusnahkan lebih 400 buah rumah, kerosakan teruk ke atas ratusan rumah yang lain dan menyebabkan lebih daripada satu perempat penduduk kem itu kehilangan tempat tinggal.

Penentangan yang ditunjukkan oleh penduduk Jenin menyebabkan Israel mengenakan sekatan ekonomi dan serangan ke atas mereka antaranya adalah:

1. Membatalkan permit perjalanan untuk penduduk yang bekerja di luar bandar
2. Membatalkan permit kepada penduduk Jenin untuk ke Masjid al-Aqsa
3. Menutup jalan yang menghubungkan Jenin ke bahagian lain di Tebing Barat
4. Menutup pusat pemeriksaan dan menghalang perjalanan antara Jenin dan Israel yang menyebabkan ramai peniaga dan pekerja di bandar itu terputus daripada sumber pendapatan mereka
5. Meningkatkan serbuan rumah yang boleh menyebabkan serangan mengejut ke atas keluarga yang diserbu tersebut 6. Penangkapan dan pembunuhan bersasar di dalam dan sekitar bandar Jenin

LATAR BELAKANG HOSPITAL
1. Hospital Al-Razi ialah satu-satunya hospital tidak berasaskan keuntungan (non-profit hospital) di wilayah Jenin.
2. Menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan kepada pesakit miskin di Jenin dan Tebing Barat pada kadar 12,600 pesakit setahun.
3. Hospital ini mempunyai 181 kakitangan, termasuk kakitangan perubatan dan pentadbiran.
4. Menggunakan bayaran kadar minimum untuk pesakit, bayaran separuh harga dan pengecualian bayaran bagi perkhidmatan rawatan kepada anak yatim dan keluarga miskin.
5. Jabatan dan perkhidmatan yang disediakan di hospital ini adalah:

  • Pembedahan Am, Perubatan Dalaman, Obstetrik & Ginekologi, Taska Kanak-Kanak, Rawatan Rapi, Radiologi, Makmal, Lithotripsy, Mata, Prostetik, Endoskop dan Klinik Pakar



KENAPA PERLU BINA PUSAT TRAUMA INI?

Menubuhkan sebuah Pusat Trauma di Hospital Al-Razi adalah bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan rawatan traumatik kepada penduduk di Jenin, Palestin. Pusat Trauma ini akan menyediakan perkhidmatan rawatan kepada pesakit yang mengalami kecedaraan teruk dan parah yang boleh mengancam nyawa pesakit.


Pesakit di bawah penjagaan Pusat Trauma memerlukan rawatan rapi melibatkan pelbagai disiplin dan kepakaran perkhidmatan penjagaan kesihatan secara menyeluruh. Doktor Pakar Bedah Trauma mempunyai kepakaran yang lebih dalam melaksanakan prosedur kritikal dan invasif kepada pesakit. Pusat Trauma ini juga akan memudahkan penentuan tahap kecederaan pesakit mengikut kriteria dan panduan triage yang sistematik selain mempunyai sumber dan kepakaran dalam memberi rawatan kepada kes-kes trauma teruk yang mana memerlukan pemantauan dan memastikan kelangsungan hidup pesakit menjadi keutamaan.




Pengawasan, pencegahan dan pengurusan trauma perlu dilaksanakan bagi mengurangkan kadar kematian dan kecacatan kekal akibat kecederaan. Hasil daripada kajian, kadar kematian adalah jauh lebih rendah apabila pusat trauma ditubuhkan. Risiko kematian dapat dikurangkan apabila penjagaan rapi disediakan di pusat trauma berbanding di hospital yang tidak menyediakan perkhidmatan pusat trauma.













Dengan keadaan penjagaan kesihatan yang semakin merosot di Jenin, adalah sangat penting untuk menubuhkan sebuah Pusat Trauma pertama di Jenin. Hasil daripada kajian statistik di Jenin, kecederaan akibat tembakan peluru dan trauma akibat kemalangan adalah salah satu punca utama kematian dan kecederaan parah rakyat Palestin di wilayah Jenin.

Selain itu, jumlah pesakit yang memerlukan rawatan kecemasan dan trauma adalah sangat tinggi memandangkan tiada pusat trauma di utara Tebing Barat. Risiko memindahkan mereka untuk mendapatkan rawatan di luar wilayah Jenin dan luar negara adalah sangat tinggi kerana kekurangan Intensive Care Ambulances yang lengkap. Adalah menjadi satu keperluan juga untuk menubuhkan sebuah Pusat Trauma di Jenin disebabkan kadar penduduk yang hidup di bawah garis kemiskinan dan pengangguran adalah tinggi. Jenin juga merupakan daerah yang memiliki perkhidmatan perubatan yang lemah.


KEJAYAAN PROJEK-PROJEK WAKAF DAN BAIK PULIH OLEH AMAN PALESTIN!

AMAN PALESTIN DIPERCAYAI KEMENTERIAN KESIHATAN GAZA
(MENDAPAT KEPERCAYAAN DAN DI LANTIK KEMENTERIAN KESIHATAN GAZA)

 BANTUAN AMBULANCE DAN KEMUDAHAN PERUBATAN UNTUK HOSPITAL GAZA

BAIK PULIH 15 JENTERA BOMBA DI GAZA

 BANTUAN KECEMASAN AKIBAT SERANGAN GAZA 

 PEMBINAAN MASJID IMAM SYAFIE DI GAZA

WAKAF SEKOLAH DAR EL-FADEELAH, RAFAH, PALESTIN



Ayuh bersama sertai projek wakaf ini bagi memberi harapan baharu kepada rakyat Palestin dalam merawat kecederaan fizikal dan emosi mereka dengan lebih baik.

Pusat Trauma Aman Palestin di Hospital Al Razi yang sedang dibina ini akan menjadi pusat perkhidmatan rawatan traumatik kepada penduduk Jenin yang mengalami kecederaan teruk serta yang boleh mengancam nyawa pesakit.



Ayuh sama-sama kita berwakaf untuk membantu saudara kita di Palestin dengan sumbangan seikhlas hati!

---------------------------------------

“Apabila matinya seseorang anak Adam itu maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah , ilmu yang dimanfaatkannya dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kepada kedua ibubapanya".


(Hadis Riwayat Muslim)


MAKLUMAN PENTING: Pembayaran sumbangan hanya boleh dilakukan melalui sistem Perbankan Dalam Talian (Billplz), sila tekan bank pilihan anda dalam ruangan Kaedah Sumbangan sebelum meneruskan pembayaran.

Whatsapp resit sumbangan anda ke nombor berikut untuk mendapatkan perkembangan terkini projek bantuan Aman Palestin:

013 9811406
NUR ATILIA BINTI MANSOR
Pegawai Pemasaran Aman Palestin

013 9287018
NUR IZZATI MAISARA MOHD RAMZI
Pegawai Pemasaran Aman Palestin


--------------------------------------

*****Makluman*****
Bagi tuan/puan yang mempunyai permasalahan, sila hubungi nombor yang berikut:
013 981 1406 (Cik Atilia - Teknikal CS)





Hubungi Kami