OPERASI TAUFAN AL-AQSA! SEMBOYAN TELAH BERBUNYI!! AYUH SAHUT PANGGILAN JIHAD INI!
TAUFAN AL-AQSA
INI LANGKAH PERJUANGAN
Peperangan kali ni sememangnya berbeza kerana kita yang memerangi Isr4el, bukan mereka yang memerangi kita. Dapat dilihat juga semangat rakyat Palestin untuk terus menerajui perjuangan!
Ayuh semua umat Islam, kita ambil bahagian dalam peperangan antara haq dan batil ini!
DOA. SEBAR. SUMBANG!
Ucapan terima kasih dari Khalid Mash'aal mewakili Hamas kepada Aman Palestin dan Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin serta rakyat Malaysia.

Hamas melancarkan serangan terbesar dalam tempoh beberapa tahun ke atas Isra.el

7 Oktober 2023 - Operasi Taufan Al-Aqsa telah dilancarkan & lebih daripada 5,000 roket buatan sendiri dilancarkan ke arah penempatan haram Isra.el.


Dalam operasi tersebut tentera pejuang Palestin turut berjaya menyerang pos penempatan & pangkalan tentera Israel di sempadan Gaza, membunuh & menawan berpuluh tentera rejim!

35 Tentera Rejim Isra.el telah ditangkap oleh Pejuang Palestin sejak bermulanya Operasi Taufan Al-Aqsa
PADA KETIKA INI JUGA
Perdana Menteri Isra.el, Benjamin Netanyahu mengisytiharkan PERANG ke atas seluruh Gaza.

Serangan udara Isra.el memusnahkan Menara Palestin, sebuah bangunan kediaman bertingkat tinggi di Bandar Gaza, meratakannya ke tanah.

Rejim penjajah Isra.el telah memusnahkan ibu pejabat Shehab News Agency selepas mengebom Menara Palestin di Jalan Al-Shuhadaa di Bandar Gaza

Pesawat Isra.el juga menyasarkan ambulans yang membawa orang awam yang cedera semasa serangan Israel yang berterusan ke atas Gaza

Setakat ini Kementerian Kesihatan Palestin melaporkan bahawa 11,320 orang Palestin terkorban, belasan ribu lagi cedera termasuk 4,650 kanak-kanak dan 3,145 wanita serta 1.5 juta rakyat kehilangan tempat tinggal!!
حَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ
“Cukuplah bagi kami Allah sebagai penolong dan
Dia adalah sebaik-baik pelindung“.
=============================
KEMASKINI BANTUAN AWAL KECEMASAN
⛑ Alhamdulillah berkat sokongan berterusan buat Palestin, Aman Palestin melalui cawangan di Gaza telah mengagihkan bantuan kecemasan awal bernilai 100,000 USD (RM470,000) hasil kempen Bantuan Kecemasan Palestin yang memberi manfaat kepada 8,000 mangsa.
Berikut adalah sumbangan yang disalurkan:
✅ Rawatan klinikal
✅ Anggota palsu
✅ Makanan panas
✅ Baju sejuk
✅ Kerusi roda
✅ Tilam
✅ Selimut
✅ Makanan panas
✅ Baju sejuk




Aman P4lestin telah menyalurkan RM500,000 kepada rakyat G4z4 serta dalam proses menyalurkan RM2.5 juta kepada Hospital al-Shifa bagi menampung kelengkapan perubatan dan bantuan kewangan kepada keluarga mangsa perang di P4lestin.
Pengarah Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP), Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni berkata, P4lestin akan memasuki musim sejuk tidak lama lagi sekaligus bakal menambah kesengsaraan dan kesempitan hidup mereka.
Jelasnya, buat masa ini sumbangan seperti selimut, tilam, jaket musim sejuk, kotak makanan, makanan sedia di makan dan bantuan perubatan menjadi keutamaan.
Gabungan tersebut mengajak rakyat Malaysia untuk terus menyumbang ke tabung Aman P4lestin dan memberikan tekanan kepada kerajaan Malaysia bagi memenuhi tuntutan-tuntutan tersebut demi pembebasan penuh P4lestin.
Saksikan video sumbangan kecemasan kami:
Alhamdulillah gabung 36 NGO Palestin Malaysia termasuk AMAN PALESTIN akan menyalurkan bantuan kepada rakyat Palestin melalui kerajaan Malaysia dalam masa terdekat ini! Barangan akan dibeli di Malaysia dan akan dihantar kesana!



Ya Allah, Engkau yang Maha Mendengar segala doa, Engkau yang Maha Melihat segala-galanya. Berikanlah bantuan-Mu Ya Allah kepada saudara kami di Palestin & menangkanlah Mujahidin yang berjuang untuk membebaskan Al-Aqsa. Berikanlah kekuatan & kesabaran kepada mereka atas ujian ini Ya Allah. Aamiin Ya Rabbilalamin
Ayuh sama-sama kita tunjukkan tanda solidariti serta sokongan tidak berbelah bahagi kita buat mereka rakyat Palestin yang sanggup menggadaikan nyawa demi menyelamatkan maruah umat Islam dengan sumbangan seikhlas hati anda!
DOA. SEBAR. SUMBANG
#AmanPalestin
#TaufanAlAqsa
#TaufanBangkitMenghancurkan
عَنِ النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيرٍ رضي الله عنهما- قال: قال رسول الله ﷺ:، قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم " مَثَلُ الْمُؤْمِنِينَ فِي تَوَادِّهِمْ وَتَرَاحُمِهِمْ وَتَعَاطُفِهِمْ مَثَلُ الْجَسَدِ إِذَا اشْتَكَى مِنْهُ عُضْوٌ تَدَاعَى لَهُ سَائِرُ الْجَسَدِ بِالسَّهَرِ وَالْحُمَّى
"Dari Nu’man bin Basyir RA, Rasulullah SAW bersabda, “Perumpamaan orang-orang yang beriman dalam hal saling mengasihi, mencintai, dan menyayangi bagaikan satu tubuh. Apabila ada salah satu anggota tubuh yang sakit, maka seluruh tubuhnya akan ikut terjaga dan panas (turut merasakan sakitnya).”
(HR Bukhari no 6011 dan Muslim no 2586).
