Akaun apkemaman.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

WAKAF KHAS BINA HOSPITAL RAWATAN MENTAL PERTAMA DI GAZA, PALESTIN!

RM30 JUTA BUAT HOSPITAL PAKAR MENTAL GAZA, PALESTIN
Alhamdulillah jumlah yang terkumpul setakat ini adalah: 

TERKUMPUL : RM 27,293,400 (sehingga 4 Julai 2023) 

 BERBAKI : RM 2,706,600 (sehingga 4 Julai 2023)

-----------------------------------------

MENGAPA BINA HOSPITAL MENTAL DAN REHABILITASI DI ZON PERANG?

Jom tonton sedikit sedutan video ini untuk mengetahui lebih lanjut !



FAKTA MENGAPA HOSPITAL INI DIPERLUKAN.

Rakyat Palestin di Gaza terdedah kepada pelbagai risiko daripada penindasan, pembunuhan, kehilangan orang tersayang, kecatatan anggota dan perampasan hak sebagai seorang manusia merdeka yang berlaku terhadap mereka dan hal ini membawa mereka kepada kehilangan perspektif, kemarahan, kekecewaan, penghinaan, dan perasaan tersisih yang menyebabkan peningkatkan masalah tekanan mental seperti kebimbangan dan kemurungan (skizofrenia dan bipolar)Terbaru serangan 3 hari pada Ogos 2022 terhadap rakyat Gaza yang mengorbankan 44 mangsa termasuk wanita dan kanak-kanak, manakala ratusan lain cedera dan hilang tempat tinggal.




Pada tahun 2010, satu kajian yang dijalankan selepas peristiwa Perang Furqan (Operation Cast Lead), mendapati bahawa hanya 1.3% kanak-kanak tidak menunjukkan tanda-tanda “Post Traumatic Stress Disorder” (PTSD). Berdasarkan data dan hasil kajian klinikal oleh Kementerian Kesihatan Palestin-Wilayah Gaza telah menunjukkan bahawa pesakit yang didiagnosis dengan PTSD selalunya memenuhi kriteria tepat terhadap penyakit kemurungan atau gangguan kecemasan biasa tetapi tidak memenuhi kriteria PTSD secara keseluruhannya. Pemerhatian ini juga telah diakui oleh seorang Pakar Psikiatri Gaza; Dr. Eyad El Sarraj yang juga mendakwa 40% penduduk Palestin mengalami kemurungan.

Jika kadar gangguan mental yang paling tinggi di Palestin adalah sama dengan kadar dunia, hal ini bermakna terdapat kira-kira 40,000 orang Palestin mengalami schizophrenia dan lebih kurang 400,000 orang yang akan mengalami satu atau lebih kemurungan dalam hidup mereka. WHO menganggarkan bahawa hanya 4,500 pesakit yang mencapai perkhidmatan rawatan setiap tahun. Walau bagaimanapun, Kementerian Kesihatan Palestin percaya bahawa bilangannya lebih daripada itu.


Atas dasar keprihatinan, kemanusiaan dan rasa tanggungjawab sesama Islam, Aman Palestin telah mengambil inisiatif untuk membina Sebuah Hospital Pakar Rawatan Mental di dalam Gaza, Palestin bagi memberi rawatan terbaik buat mereka yang terjejas. Hospital ini merupakan hospital pakar pertama seumpamanya yang akan menyediakan perkhidmatan kesihatan mental secara intensif kepada para pesakit yang memerlukan. Ayuh kita lihat kronologi dan kemaskini pembinaan hospital ini.

1. FASA PERTAMA 

  • PELAN PEMBINAAN HOSPITAL, UJIAN KUALITI TANAH & PERSETUJUAN PIHAK AMAN PALESTIN, KEMENTERIAN KESIHATAN GAZA & JABATAN KERJA RAYA PALESTIN

Hospital yang berkeluasan 13,000 meter persegi ini dijangka mampu untuk menampung 160 katil pesakit dalam satu-satu masa untuk rawatan pesakit luar dan rawatan buat pesakit mental. 












Pelan pembinaan hospital pakar rawatan mental Gaza kendalian Aman Palestin 








Ujian kualiti tanah tapak pembinaan hospital















Majlis menandatangi perjanjian persefahaman di antara Aman Palestin Gaza bersama Kementerian Kesihatan Gaza untuk membina Hospital Pakar Rawatan Mental Gaza.



2. FASA KEDUA 

  • PERLETAKKAN BATU ASAS DAN PEMBINAAN TAPAK HOSPITAL











Majlis perletakkan batu asas di tapak pembinaan hospital pada 23 November 2021



Ucapan Perdana Menteri Gaza buat para penyumbang wakaf hospital



Proses pembinaan telah bermula pada 1 Disember 2021



Proses pembinaan tapak hospital telah bermula pada Mac 2022



3. FASA KETIGA 

  • PEMBINAAN BERTERUSAN

Bagi fasa ketiga ini pembinaan hospital ini Alhamdulillah telah memasuki fasa pembinaan dinding dan beberapa bahagian lain seperti (75% telah siap - Februari 2023):

Aman Palestin Gaza telah mengadakan lawatan penyeliaan lapangan ke Pusat Kesihatan Mental dan Rehabilitasi Kebangsaan (Hospital Aman Palestin) bagi mengikuti perkembangan terkini pembinaan.

Antara kerja pembinaan yang telah berjaya dilaksanakan adalah kerja binaan dinding bangunan untuk Tingkat Bawah Bangunan C dan kerja-kerja menampal bahagian dalaman untuk bahagian Tingkat Bawah Bangunan A serta memasang konkrit bertelulang untuk tapak Bangunan D.

Pembinaan Hospital Aman Palestin di Gaza telah mencapai peratusan sebanyak 75% dari tempoh masa jangkaan untuk disiapkan dan dijangka hospital ini akan disiapkan menjelang Jun 2023 jika tiada sebarang masalah yang berlaku.

Hospital ini terdapat tiga bangunan.

    • Bangunan A menempatkan tempat kecemasan dan bilik pesakit.
    • Bangunan B adalah lobi utama dan pejabat pentadbiran.
    • Bangunan C adalah Jabatan Psikiatri dan Rehabilitasi serta pesakit luar.
























    Perkembangan TERKINI pembinaan Hospital Pakar Kesihatan Mental Gaza, Palestin (Mei 2023)


    Ayuh bersama sertai projek wakaf ini bagi memberi harapan baharu kepada rakyat Palestin di Semenanjung Gaza untuk membina semula kehidupan mereka.

    Hospital Pakar Kesihatan Mental yang sedang dibina akan menjadi hospital pakar psikiatri dan rehabilitasi pertama di Semenanjung Gaza yang memberi ruang kepada penduduk Gaza untuk mendapatkan rawatan terbaik.



    Ayuh sama-sama kita berwakaf untuk membantu saudara kita di Palestin dengan sumbangan seikhlas hati!

    ---------------------------------------

    “Apabila matinya seseorang anak Adam itu maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah , ilmu yang dimanfaatkannya dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kepada kedua ibubapanya".


    (Hadis Riwayat Muslim)


    MAKLUMAN PENTING: Pembayaran sumbangan hanya boleh dilakukan melalui sistem Perbankan Dalam Talian (Billplz), sila tekan bank pilihan anda dalam ruangan Kaedah Sumbangan sebelum meneruskan pembayaran.

    Whatsapp resit sumbangan anda ke nombor berikut untuk mendapatkan perkembangan terkini projek bantuan Aman Palestin:

    013 9811406
    NUR ATILIA BINTI MANSOR
    Pegawai Pemasaran Aman Palestin

    013 9287018
    NUR IZZATI MAISARA MOHD RAMZI
    Pegawai Pemasaran Aman Palestin


    --------------------------------------

    *****Makluman*****
    Bagi tuan/puan yang mempunyai permasalahan, sila hubungi nombor yang berikut:
    013 981 1406 (Cik Atilia - Teknikal CS)


    Hubungi Kami