WAKAF KHAS BUAT PEMBINAAN HOSPITAL PAKAR KESIHATAN MENTAL PERTAMA DI GAZA PALESTIN!
RM30 JUTA BUAT HOSPITAL PAKAR MENTAL GAZA, PALESTIN
Alhamdulillah jumlah yang terkumpul setakat ini adalah:
TERKUMPUL : RM 27,293,400 (sehingga 4 Julai 2023) ✅
BERBAKI : RM 2,706,600 (sehingga 4 Julai 2023)
-----------------------------------------
MENGAPA BINA HOSPITAL MENTAL DAN REHABILITASI DI ZON PERANG?
Jom tonton sedikit sedutan video ini untuk mengetahui lebih lanjut !
✅Rakyat Palestin di Gaza terdedah kepada pelbagai risiko daripada penindasan, pembunuhan, kehilangan orang tersayang, kecatatan anggota dan perampasan hak sebagai seorang manusia merdeka yang berlaku terhadap mereka dan hal ini membawa mereka kepada kehilangan perspektif, kemarahan, kekecewaan, penghinaan, dan perasaan tersisih yang menyebabkan peningkatkan masalah tekanan mental seperti kebimbangan dan kemurungan (skizofrenia dan bipolar). Terbaru serangan 3 hari pada Ogos 2022 terhadap rakyat Gaza yang mengorbankan 44 mangsa termasuk wanita dan kanak-kanak, manakala ratusan lain cedera dan hilang tempat tinggal.

✅Pada tahun 2010, satu kajian yang dijalankan selepas peristiwa Perang Furqan (Operation Cast Lead), mendapati bahawa hanya 1.3% kanak-kanak tidak menunjukkan tanda-tanda “Post Traumatic Stress Disorder” (PTSD). Berdasarkan data dan hasil kajian klinikal oleh Kementerian Kesihatan Palestin-Wilayah Gaza telah menunjukkan bahawa pesakit yang didiagnosis dengan PTSD selalunya memenuhi kriteria tepat terhadap penyakit kemurungan atau gangguan kecemasan biasa tetapi tidak memenuhi kriteria PTSD secara keseluruhannya. Pemerhatian ini juga telah diakui oleh seorang Pakar Psikiatri Gaza; Dr. Eyad El Sarraj yang juga mendakwa 40% penduduk Palestin mengalami kemurungan.
✅Jika kadar gangguan mental yang paling tinggi di Palestin adalah sama dengan kadar dunia, hal ini bermakna terdapat kira-kira 40,000 orang Palestin mengalami schizophrenia dan lebih kurang 400,000 orang yang akan mengalami satu atau lebih kemurungan dalam hidup mereka. WHO menganggarkan bahawa hanya 4,500 pesakit yang mencapai perkhidmatan rawatan setiap tahun. Walau bagaimanapun, Kementerian Kesihatan Palestin percaya bahawa bilangannya lebih daripada itu.
✅Atas dasar keprihatinan, kemanusiaan dan rasa tanggungjawab sesama Islam, Aman Palestin telah mengambil inisiatif untuk membina Sebuah Hospital Pakar Rawatan Mental di dalam Gaza, Palestin bagi memberi rawatan terbaik buat mereka yang terjejas. Hospital ini merupakan hospital pakar pertama seumpamanya yang akan menyediakan perkhidmatan kesihatan mental secara intensif kepada para pesakit yang memerlukan. Ayuh kita lihat kronologi dan kemaskini pembinaan hospital ini.
1. FASA PERTAMA
- PELAN PEMBINAAN HOSPITAL, UJIAN KUALITI TANAH & PERSETUJUAN PIHAK AMAN PALESTIN, KEMENTERIAN KESIHATAN GAZA & JABATAN KERJA RAYA PALESTIN
Hospital yang berkeluasan 13,000 meter persegi ini dijangka mampu untuk menampung 160 katil pesakit dalam satu-satu masa untuk rawatan pesakit luar dan rawatan buat pesakit mental.















- PERLETAKKAN BATU ASAS DAN PEMBINAAN TAPAK HOSPITAL




3. FASA KETIGA
- PEMBINAAN BERTERUSAN
- Bangunan A menempatkan tempat kecemasan dan bilik pesakit.
- Bangunan B adalah lobi utama dan pejabat pentadbiran.
- Bangunan C adalah Jabatan Psikiatri dan Rehabilitasi serta pesakit luar.






Hospital Pakar Kesihatan Mental yang sedang dibina akan menjadi hospital pakar psikiatri dan rehabilitasi pertama di Semenanjung Gaza yang memberi ruang kepada penduduk Gaza untuk mendapatkan rawatan terbaik.
Ayuh sama-sama kita berwakaf untuk membantu saudara kita di Palestin dengan sumbangan seikhlas hati!
“Apabila matinya seseorang anak Adam itu maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah , ilmu yang dimanfaatkannya dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kepada kedua ibubapanya".
